Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki).[1] Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.[2] Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan,[3] di tambah dengan laluannya yang amat mencabar.[4]Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok Meranti, pokok Keruing, pokok Damar Hitam, dan pokok Mersawa.